SEJARAH SEKOLAH
Sekolah
Kebangsaan LKTP/FELDA Tenggaroh 4 terletak di dalam gugusan Felda Tenggaroh,
kira-kira 60 km ke selatan Bandar Mersing dan bersempadanan dengan daerah Kota Tinggi. Sekolah ini telah ditubuhkan
pada 1hb. Januari 1986. Di awal penubuhannya, sekolah ini adalah di
bawah pentadbiran SK LKTP Tenggaroh 2 dengan Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham AliHanapiah bin Hj. Talib.
Bangunan
asal sekolah hanya merupakan sebuah blok pentadbiran yang mengandungi 4
bilik darjah dan sebuah blok kantin. Jumlah guru ketika itu adalah
seramai 9 orang iaitu 2 orang guru lepasan Maktab Perguruan dan 7 orang
guru sandaran tanpa latihan. Jumlah murid adalah seramai 214 orang.
Tidak berapa lama selepas penubuhannya, sebuah blok yang mengandungi 4
bilik darjah lagi telah didirikan secara gotong-royong.
Memandangkan bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1991 telah dibina bangunan 2 tingkat dan mula digunakan pada 1hb Februari 1992. Ia mengandungi ruang pejabat, bilik guru, perpustakaan, pusat sumber dan 4 bilik darjah. Pada tahun 1993, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada sekolah Gred A. Dalam tahun itu juga sekolah ini telah berjaya merangkul Anugerah Sekolah Dalam Taman Peringkat Negeri Johor.

Pertambahan murid dan keperluan terhadap kemudahan pendidikan telah membawa kepada pembinaan sebuah blok 4 tingkat yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1998. Blok inimengandungi 6 bilik darjah, bilik sains, bengkel Kemahiran Hidup, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik tayang dan pusat sumber. Bangunan ini mula digunakan pada 1hb. Mac 2000.
Semenjak
pertambahan penubuhannya, seramai 10 orang Guru Besar
telah dipertanggungjawabkan mentadbir sekolah ini, termasuk Guru Besar
sekarang iaitu En. Mansor b Tahir yang mula menjawatnya
mulai 1hb. April 2013. Sekolah ini juga telah dianugerahkan
Pengurusan/Kepimpinan Guru Besar 2009 dan Penarafan Kendiri Sekolah
Rendah 2009 menggunakan instrumen SKPM.
MISI SEKOLAH
VISI SEKOLAH
LOGO-LOGO SEKOLAH
LOGO-LOGO SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH